#Sebagai seorang ibu mahu pun bapa pastinya ingin melihat sendiri pembesaran anak mereka. Ada yang menghantar ke rumah pengasuh, ada yang menggunakan orang gaji untuk menjaga dan tidak kurang juga yang mahu menjaga sendiri. Seperti Almy Nadia, dia mahu menjaga sendiri anaknya, Nur Afrina Arianna berusia lima bulan.....
#“Alhamdullilah Arianna tidak banyak karenah. Masa tidur pun dia ikut seperti kami. Kalau kami bangun awal, awallah dia bangun. Setakat ini memang saya menjaga dia sendiri. Saya tidak mahu menghantar dia ke mana- mana ataupun menggunakan orang gaji. Saya mahu jaga sendiri sampai bila-bila, sampai dia besar”, kata isteri kepada Fizz Fairuz ini....
#Jika ada yang tidak tahu, Almy mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisya berusia enam tahun. Tetapi layanan terhadap anak angkatnya itu sama rata, tidak ada pilih kasih. “Darwisya tinggal bersama ibu saya di kampung. Saya mahu ada orang yang menjaga ibu saya. Memang Darwisya baru berusia enam tahun, tetapi tidak mengapa kerana saya mahu ibu saya ada peneman. Darwisya tahu akan adik barunya. Kami tidak pilih kasih malah bila cuti sekolah kami akan bawa dia datang ke Kuala Lumpur”, tutur Almy....
#Menyedari akan badannya yang berisi, Almy mengakui dia perlu menguruskan badan untuk berlakon semula. “Buat masa ini tidak mengapa. Bagi saya jaga anak saya dulu. Bila betul-betul sudah kurus, saya akan mula berlakon. Lagipun zaman sekarang semua nak yang badan cantik, tidak mahu badan seperti saya. Jadi biarlah kurus seperti sedia kala kemudian baru senang sikit untuk berlakon. Pengalaman mengajar saya. Tidak boleh gemuk dalam industri. Kalau kurus tetapi gemuk, kena kembali kurus tetapi kalau gemuk tidak mengapa gemuk. Tetapi tidak mengapa, semua ini saya korbankan demi anak. Rindu memang rindu untuk berlakon. Ada juga tawaran yang datang tetapi saya tolak kerana mahu menumpukan perhatian kepada anak dan juga saya tidak mahu kerana badan belum kurus”, cerita Almy panjang lebar.....
0 Response to "ALMY NADIA GEMUK"
Post a Comment