Suami Anzalna Dedah "Perangai" Sebenar Anzalna
Hanif, 28, berkata, hubungan yang bermula di laman sosial My Space itu pernah terputus ketika wanita tersebut berhijrah ke Australia bersama keluarganya.
"Dia adalah wanita yang paling susah untuk dipikat, saya mengenali dia menerusi laman sosial My Space sekitar tahun 2006 dan pada mula memang dia tidak berminat dengan saya.
"Namun lama kelamaan dia menerima saya sebagai kawan dan kami berbual hanya di ruangan berbual maya MSN dan selepas itu kami terputus hubungan kerana dia bersama keluarganya berpindah ke Australia," ujarnya
Akhirnya Anzalna bergelar isteri kepada Mohamad Hanif setelah sepuluh tahun mereka berkenalan.
Katanya, ketika itu Anzalna sudah bergelar artis dan mengakui kurang keyakinan diri untuk mendekati semula wanita berkenaan."Saya jumpa semula dia di laman sosial Facebook dan kami berkawan semula sehinggalah dia menerima pelawaan saya untuk bertemu buat kali pertama.
"Masa itu dia minta saya datang bertemu dengan dia bersama pelakon-pelakon lelaki yang lain kerana dia baru lepas fotografi, agak berdebar juga ketika itu, maklumlah mereka semua terkenal.
"Namun saya kuatkan hati, ketika saya ke Pavillion tempat mereka, dia sudah pun bergerak ke lokasi lain. Selepas itu dia minta saya ke restoran lain pula," ujarnya.
Bagaimanapun, Hanif bersyukur, sepanjang menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun, mereka tidak berhadapan dengan cabaran yang mengugat hubungan berkenaan.
Sementara itu, Anzalna berkata, dia bertindak menjual mahal kepada suaminya itu berikutan sukar untuk mempercayai lelaki.
Debaran pengantin ketika di majlis pernikahan berlangsung.
Katanya, dia pada mulanya kurang yakin dengan keikhlasan lelaki itu untuk berkawan dengannya.
"Memang saya jual mahal sebab saya tidak mahu dia rasa mudah untuk dapatkan saya. Pada mulanya ketika kami bertemu buat pertama kali itu dia asyik bermain telefon bimbit sahaja.
"Perkara itu membuatkan saya syak dia mempunyai ramai perempuan lain juga. Namun, selepas saya membawa dia bertemu ibu iaitu tiga hari selepas kami bertemu sikapnya berubah dan nampak bersungguh-sungguh menjaga saya," ujarnya.

0 Response to "Suami Anzalna Dedah "Perangai" Sebenar Anzalna"
Post a Comment