Liza Hot Fm Sorok Siapa Lelaki Pilihan Hati


Liza Hot Fm Sorok Siapa Lelaki Pilihan Hati



PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM, Liza menjelaskan dia tidak memuat naik gambar bakal suaminya iaitu Mohd Khairil Mohd Ghany di mana-mana laman sosial sebelum disatukan sebagai suami-isteri kerana ingin mengelakkan fitnah.

Liza atau nama sebenarnya Khairu Norliza Khairudin, 30, berkata, lelaki berkenaan juga tidak selesa menjadi tumpuan memandangkan dia bukan selebriti seperti.

"Sejak di awal perkenalan kami sehinggalah bakal menjadi suami-isteri saya atau dia tidak pernah memuat naik gambar kami berdua di laman sosial.

"Selain tidak selesa kami juga ingin mengelak fitnah daripada pengikut laman sosial memandangkan kami berdua belum ada sebarang ikatan sah," katanya kepada mStar Online.

Liza dan Mohd Khairil bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 27 Februari ini di Kuantan, Pahang.

Terdahulu, pasangan berkenaan yang sudah berkenalan selama setahun mengikat tali pertunangan dalam satu majlis kecil-kecilan pada 10 Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, Liza berkata, dia memilih Mohd Khairil sebagai suami kerana terpikat dengan sikap berterus terang selain menyifatkan lelaki berkenaan sebagai seorang yang tenang dan memahami.

0 Response to "Liza Hot Fm Sorok Siapa Lelaki Pilihan Hati"

Post a Comment