Shae Jadi Gila Kerana Komen Negatif Di Facebook


Shae Jadi Gila Kerana Komen Negatif Di Facebook



PETALING JAYA: Penyanyi dari Indonesia iaitu Shae mendedahkan dia terpaksa menjalani rawatan hipnoterapi bagi merawat jiwanya yang terganggu akibat kritikan masyarakat terhadap kemampuannya sebagai penyanyi.

Shae atau nama sebenarnya, Sheryl Gething, 22, berkata, dia terlalu memikirkan pandangan negatif orang sekeliling yang menganggapnya tidak berbakat sehingga menjadikan dia kurang yakin untuk menyanyi.

"Saya berada dalam keadaan tertekan selama enam bulan kerana tidak mampu mengawal pandangan masyarakat yang menganggap saya tidak boleh menyanyi.

"Perkara itu membuatkan saya lari dari rumah dan sentiasa bersendirian sehingga rakan-rakan meminta saya menjalani rawatan hipnoterapi dan Alhamdulillah kini saya sudah pulih," ujarnya kepada mStar Online.

Shae ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya berjudul Seperti Magic yang diadakan di Hippie Hub Studio, di sini, Isnin.

Tambahnya, perkara tersebut membuatkan dia terpaksa mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan album berkenaan.

0 Response to "Shae Jadi Gila Kerana Komen Negatif Di Facebook"

Post a Comment