PADAH !! BOMOH



#Oleh kerana terlalu takut rahsia bahawa beliau tidak lagi perawan diketahui bakal suaminya, seorang wanita nekad untuk berjumpa dengan seorang bomoh untuk mengembalikan daranya, namun lain pula yang terjadi....

#Mangsa berusia 22 tahun itu telah diberi tiga pilihan oleh bomoh tersebut iaitu sama ada dengan menghantar 10 video aksi ghairah, mengizinkan lelaki itu menyentuh tubuhnya, ataupun memberikan perkhidmatan seks sebagai ‘ganjaran’ memulihkan daranya....

#“Wanita itu memilih pilihan pertama, namun berasa bosan selepas acapkali dipaksa menghantar video panasnya. Dia kemudian setuju untuk membiarkan lelaki itu menyentuh tubuhnya,” jelas Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab kepada The Star,semalam....

#Bagi memenuhi permintaan bomoh itu, mereka kemudiannya berjumpa sebuah pondok kecil berhampiran Bukit Broga pada pukul 7.20 malam pada 16 April, menurut laporan polis....

#Pada awalnya, mangsa menyangka bomoh tersebut hanya mahu ‘ringan-ringan’ dengannya, namun yang sebaliknya berlaku apabila lelaki itu bertindak melakukan serangan seksual keatasnya sebelum dia dilaporkan dirogol....

#Bomoh berusia 53 tahun itu diberkas pihak berkuasa pada hari yang sama....

#Tunggguuu…cerita ini ada prekuelnya....

#Beberapa minggu sebelum kejadian, wanita yang sama telah membuat aduan terhadap bomoh itu sejurus selepas ‘sesi konsultasi’ pertama mereka pada 27 Mac....

#“Mangsa mengatakan bahawa bomoh itu telah menghantar ‘mandrem’ kepadanya ketika tangan mereka bersentuhan, yang membuatkan wanita tersebut berasa ghairah dan tidak keruan,” sambung ACP Abdul Rashid lagi....

#Bomoh itu ditahan dalam reman sehingga hari ini dan sedang disiasat atas kesalahan merogol.....

0 Response to "PADAH !! BOMOH"

Post a Comment