Nur Adni melihat jenazah Mahfuzah dan Mohamad Harraz Zafran yang tiba di Felda Lepar Hilir 1 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Telok, Pekan. |
#Kuantan: Sungguh memilukan apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cuba ‘mengejutkan’ jasad ibunya, Mahfuzah Ishak, 28, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 403.9 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Kuala Kubu Baru, Selangor, kelmarin.
Menyangka ibunya tidur, Nur Adni Afeera Shahrul Raziman dilihat beberapa kali bercakap-cakap dengan jenazah ibunya yang disangkakan masih bernyawa....
#“Mama, bangunlah.. ramai orang datang rumah kita,” katanya....
#Selepas tidak mendapat ‘reaksi’ daripada ibunya, Nur Adni Afeera kemudian beralih kepada Muhammad Harraz Zafran, 1, sebelum memberitahu orang ramai bahawa adiknya ‘sakit’....
#Situasi itu ternyata menyentuh hati orang ramai yang menziarahi jenazah dua beranak berkenaan di rumah keluarga Mahfuzah di Kampung Lepar Hilir 1, dekat sini, malam kelmarin....
0 Response to "ANAK MINTA IBU BANGUN"
Post a Comment