MIA DAN AHMAD MASLAN
#Pelik juga kenapa tiba-tiba Mia Ahmad yang popular dengan Telenovela Hati Perempuan dikaitkan dengan Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia....
#Sebelum itu, pastinya ramai yang sudah sedia maklum tentang bermacam-macam cerita yang sudah viral berkenaan den Datuk Ahmad Maslan. Timbalan Menteri kewangan tersebut sedang diulit dengan isu GST (Goods and Services Tax)....
#Jika sebelum ini kecoh dengan isu GST (Goods and Services Tax), beberapa hari ni heboh di Media Sosial mengatakan bahawa Mia Ahmad anak kepada Datuk Ahmad Maslan. Kekeliruan ini mungkin berpunca daripada Nama popular Mia Ahmad mungkin sinonim dengan Nama popular Ahmad Maslan. Nama penuh Mia Ahmad adalah Shamiha Bt. Ahmad Baderi dan bukannya Shamiha Bt Ahmad.....
#Tidak tahu kenapa peminat-peminat Mia Ahmad menulis komen sebegitu. Adakah ianya hanya sekadar gurauan? Atau mengusik berkaitan kisah GST....?
#Namun yang pasti komen sebegitu tidak sesuai memandangkan Datuk Ahmad Maslan adalah seorang Menteri yang menjalankan tanggungjawab beliau. Tempias ini mungkin akan menimbulkan salah sangka dikalangan peminat Mia Ahmad pula nanti....
#Apapun komen para peminat pasti ada penjelasan tersendiri. Bukankah komen yang seringkas itu pun mampu menjadi viral? Betul tak.....
0 Response to "MIA DAN AHMAD MASLAN"
Post a Comment