KISAH SEDIH SUSPEK



#Kisah ini diceritakan sendiri oleh peguambela Shahrul Anuar Di Facebooknya....

#Saya mengunjungi rumah keluarga salah seorang suspek kes Low Yatt yg bakal di tuduh mencuri pada hari ini jam 1.30 pagi tadi bersama beberapa orang sahabat....

#Kedua ibu bapa beliau OKU iaitu bisu. Melalui perantara si abang dan si kakak, saya harap mesej saya kepada bapa tertuduh jelas di fahami oleh beliau....

#Pakcik jangan bimbang, sebagai Peguam saya dan ahli-ahli pasukan Peguam sukarela akan memberikan pembelaan terbaik kepada anak pakcik dan kami akan cuba mendapatkan ikat jamin anak pakcik agar dia boleh berhari raya bersama keluarga....

#Dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mencuri sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat di sini, Sabtu lepas....


#Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada 4.47 petang, 11 Julai lalu....

#Majistret Nur Aminahtul Mardiah Noor Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 14 Ogos untuk sebutan semula.
Terdahulu, Shahrul Anuar mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dua kali....

#“Iya…tapi tidak ada barang kes,” katanya....

#Nur Aminahtul Mardiah kemudian menanya peguam Shahrudin Ali yang mewakili tertuduh, sama ada beliau telah menasihatkan anak guamnya berhubung pertuduhan itu....

#Shahrudin berkata: “Pengakuan bersalah tertuduh mengejutkan saya kerana saya telah nasihatkannya supaya tidak mengaku bersalah,” katanya....

#Shahrul Anuar kemudian menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca kali ketiga....

#Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan....

#Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim mencadangkan jaminan ditetapkan pada RM5,000 dengan seorang penjamin....

#Shahrudin bagaimanapun memohon supaya jaminan dikurangkan....

#“Anak guam saya merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Dia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (bisu). Dia juga merupakan pesalah muda,” katanya.....

#Kedua iba bapanya hadir di mahkamah. – BERNAMA

0 Response to "KISAH SEDIH SUSPEK"

Post a Comment