Nik Aziz



#Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, kejadian yang pernah terjadi ini berlaku ketika Allahyarham Tok Guru Nik Aziz belum lagi menjadi Menteri Besar....

#Apa yang terjadi ialah seorang pemuda telah menghina menghina janggut bekas Menteri Besar Kelantan tersebut dan kemudiannya dimaklumkan ibunya dia telah mengembek seekor kambing....

#Cerita anak saudara Allahyarham, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, ibu pemuda tersebut kemudiannya datang bertemu Nik Aziz untuk meminta air penawar bagi menyembuhkan anaknya....

#“Sepanjang membesar dengan beliau, saya melihat ramai orang datang bertemunya dan membawa botol-botol air dan juga mengadu masalah – orang nak bercerai yang bertengkar dan sebagainya, beliau menyelesaikan permasalahan seperti ini”....

#“Pernah satu ketika saya nak turun solat Asar, beliau naik ke rumah dalam keadaan senyum. Saya tanya kenapa? Dia kata, ada orang datang nak minta air tawar (penawar)”....

#“Ketika itu beliau belum lagi menjadi Menteri Besar. Dia kata ada sorang ibu datang minta air tawar untuk anaknya yang dalam keadaan tidak berhenti mengembek seperti kambing”...

#“Tok Guru cerita bahawa pemuda itu mengejek janggutnya… janggut Tok Guru macam kambing dan membuat bunyi seperti kambing”...

#“Kemudian dia mengembek tidak berhenti sehinggalah ibunya minta air tawar supaya anaknya itu berhenti berbunyi seperti kambing,” katanya pada program Bicara Murabbi Ummah: The Untold Story, di sini, semalam sempena 100 hari pemergian bekas Menteri Besar Kelantan itu....

#Meskipun dihina, Allahyarham tidak pernah berdendam sebaliknya membantu tanpa banyak soal....

#“Tok Guru baca doa dan beri air tawar. Walaupun orang buat kita macam mana, tuduhan, kejian dan sebagainya, kita baca kata Tok Guru. Selang seminggu, ibunya itu datang dan beritahu Alhamdulillah anaknya telah berhenti mengembek,” katanya lagi.....

0 Response to "Nik Aziz "

Post a Comment