AYAH RANI ISI LOW YAT


#KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa disaran untuk menutup sementara Plaza Low Yat sehingga siasatan insiden pergaduhan yang berlaku pada malam Sabtu berpunca akibat penipuan oleh peniaga di lokasi itu selesai...

#Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, isu penipuan serta paksaaan pembeli bukanlah perkara baru di Low Yat malah beberapa kawasan lain di sekitar ibu negara....

#"Bukan sahaja di Low Yat malah di Jalan Petaling dan beberapa kawasan penjual yang diketahui dijaga kumpulan gangster. Jika ada pelanggan yang membatalkan hasrat untuk membeli, mereka akan diherdik. Ia sekali gus menimbulkan ketakutan kepada pembeli sendiri...

#"Banyak lagi contoh pembeli yang biadab. Cara mereka menjual juga seolah-olah seperti gangster, bagus juga ada kes sebegini, barulah semua orang buka mata. Biar masyarakat tahu ada situasi begini....

#"Penyelesaiannya mudah, tutup sahaja Low Yat dahulu, selain memberi masa agensi berkenaan menyiasat peniaga terbabit, ia satu bentuk teladan tentang memberi kepentingan kepada pengguna di lokasi tumpuan seperi Low Yat ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini....

#Abdul Rani mengulas kejadian sekumpulan tujuh lelaki mengamuk di Plaza Low Yat pada Sabtu selepas seorang rakan mereka dituduh mencuri sebuah telefon bimbit...

#Dalam kejadian yang berlaku jam 7.50 malam itu, beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. Mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai....

#Dipercayai lelaki terbabit sebelum itu ditahan oleh pengawal keselamatan plaza terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis....

#Tindakan itu bagaimanapun membangkitkan kemarahan rakan-rakannya menyebabkan mereka mengambil tindakan menyerang kedai telefon bimbit terbabit bersama pembantu jualan yang ada....

#Walaupun dikatakan timbul isi rasis dalam insiden ini, Abdul Rani menjelaskan, pihak berkenaan tidak harus diberi muka untuk mengelakkan perkara seumpama itu berulang....

#"Kami akan membuat laporan polis esok. Ia merupakan isu gangster dan harus diberi perhatian sewajarnya....

#"Saya mahu tekankan, paling penting mana-mana lokasi termasuk Low Yat ini harus segera ditutup jika insiden seumpama ini berlaku," jelasnya.....

#Pada pagi Ahad, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, Muez Abdul Aziz berkata pihaknya akan memulakan siasatan berhubung insiden pergaduhan di Low Yat tersebut....

#Bagaimanapun pihaknya masih menunggu laporan rasmi daripada suspek yang kini ditahan polis....

##Abdul Rani sebelum ini pernah menasihatkan pengacara popular, Azwan Ali untuk berhenti menimbulkan kekecohan dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis seandainya Azwan melakukan kesalahan sama semula....

#Ia rentetan permohonan maaf Azwan yang dikatakan menjadi punca perselisihan faham dengan peminatnya mengenai cadangan tempat makan yang menarik....

0 Response to "AYAH RANI ISI LOW YAT"

Post a Comment