Perdana Menteri Gay
#Perdana Menteri Luxemborg, Xavier Bettel berkahwin dengan pasangan sejenisnya, Gauthier Destenay, seorang arkitek berasal dari Belgium....
#Selain menjadi pemimpin Kesatuan Eropah, EU yang pertama berkahwin dengan pasangan gaynya, Bettel adalah pemimpin kedua di dunia selepas Perdana Menteri Iceland, Johanna Sigurdardottir yang mengahwini pasangan sejenis pada 2010....
#Pasangan ini melangsungkan perkahwinan di sebuah dewan di ibu negara yang turut dihadiri Perdana Menteri Belgium dan isteri....
#Beliau yang memegang jawatan itu sejak 4 Disember 2013 merupakan bekas Datuk Bandar Luxemborg City berumur 42 tahun, juga bekas peguam.....
#Undang-undang perkahwinan sejenis di negara itu telah di luluskan oleh Dewan Parlimen pada 1 Januari 2015 selepas mula dibentangkan pada Jun 2014, apabila beliau sendiri memperjuangkan hak asasi golongan LGBT....
#Destenay melamar Bettel pada Ogos 2014 setelah menjalinkan hubungan hampir 5 tahun....
#Bagaimanapun majlis perkahwinan Perdana Menteri di negara dengan populasi 550,000 penduduk itu tidak membenarkan pihak media membuat liputan sepanjang majlis itu berlangsung....
#Luxemborg bersempadan dengan Jerman, Belgium dan Perancis........
0 Response to "Perdana Menteri Gay"
Post a Comment