Soffi Jikan Paksa
#Pelakon Soffi Jikan yang popular dengan watak jahat dalam lakonannya kini mengembangkan sayapnya dalam bidang pengarahan melalui filem komersil pertamanya, Gangsterock yang bakal ditayangkan pada 1 Syawal tahun ini di pawagam seluruh Malaysia....
#Selepas mengarahkan beberapa filem pendek dan telemovie, filem aksi komedi muzikal Gangsterock menampilkan barisan pelakon berpengalaman....
#Soffi turut akui bimbang dengan maklum balas yang bakal diterima daripada penonton kelak. Soffi mengaku yang dia terpaksa ‘memaksa’ pelakon cantik Izara Aishah untuk berlakon dalam filemnya itu....
#"Saya bingung apabila filem saya tiada heroin. Jawapan yang saya terima 'talk to my manager' dan ada yang saya tunggu dua jam tapi pelakon itu sudah balik rupanya....
#"Ya, saya 'paksa' Izara berlakon filem saya. Saya siap marah Izara. Sepanjang di set penggambaran, dia 'improve' setiap hari. Hari pertama dia masih tanya-tanya sebab masih cuba belajar. Hari demi hari dia makin baik. Tapi hari terakhir dia pula arah saya," katanya....
#Penerbit Eksekutif, Serina Redzuawan pula memberitahu Izara agak lambat memberi persetujuan kerana terlalu takut untuk berlakon di samping barisan pelakon berpengalaman....
#"Izara terlalu takut untuk berlakon dengan barisan 'legend'. Itu yang Soffi 'marah' Izara bukan Soffi ugut Izara ke apa," katanya...
#Gangsterock mengisahkan tentang pengembaraan seorang pemuzik rock, Shake lakonan Soffi sendiri yang mencuba nasib untuk menjadi bintang rock di Kuala Lumpur dan ingin menyatukan semua rockers bagi mengatasi isu gangster dan cetak rompak....
#Di Kuala Lumpur, Shake bertemu Bromo yang dibintangi Saiful Apek dan Maya lakonan Izara Aisyah....
#Filem ini turut dibarisi pelakon handalan seperti Sharifah Amani, Khir Rahman, Aqasha, Allahyarham Harun Salim Bachik, Namron dan Syafie Naswip. Penonton juga berpeluang melihat penampulan istimewa Fauziah Nawi, Chef Wan, Mr Os, Zaiton Sameon dan Ito Blues Gang.....
0 Response to "Soffi Jikan Paksa"
Post a Comment