Farhan Kawin


#Didakwa sebagai seorang yang mata duitan dan pengikis, Farhan mengakui merasa terkilan dengan tuduhan tersebut apabila beliau bernikah dengan seorang ibu tunggal beranak dua pada 15 Mei lalu.... Buat beliau segala dakwaan yang diterima olehnya tidak berasas kerana isterinya itu bukan seorang wanita yang berada.... Mereka berkahwin atas dasar cinta dan bukan wang ringgit.....

#Saya tidak tahu kenapa ada orang cakap begitu dan terkilan juga apabila mendengarnya kerana saya bukan seorang kaki kikis dan mata duitan seperti diperkatakan. Jika benar saya seorang mata duitan buat apa saya berkahwin dengan Noriah dan lebih baik saya cari wanita kaya untuk dijadikan isteri.....

#Ini dinamakan ketentuan dan jodoh kami.... Sebagai manusia biasa saya menerima kehadiran Noriah dengan hati terbuka meskipun statusnya seorang ibu tunggal dan bukan kerana hartanya....
Saya bukannya menggangur dan ada melakukan perniagaan secara kecil-kecilan selain terlibat sebagai model dan sedang cuba menceburi bidang lakonan. Insya-Allah saya tahu tanggungjawab sebagai suami dan akan cuba melunaskannya sebaik mungkin....




#Perkara yang lepas biarkan ia berlalu. Kita lihat sahaja bagaimana Farhan menjalankan tugas sebagai seorang suami kali ini, doakan yang baik-baik sahaja....

#Buat Farhan status sebagai seorang janda tidak membawa apa-apa perbezaan buat beliau untuk menyayangi isterinya itu dengan sepenuh hati... Farhan juga pada masa yang sama menjelaskan beliau sedar akan tanggungjawab sebagai seorang suami dan sebenarnya mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarganya nanti.....


0 Response to "Farhan Kawin"

Post a Comment