#Pasir Mas: “Ya Allah budok tu tak dosa (budak itu tak berdosa). Kalau mu tak buat, siapa lagi yang buat?” kata Sana Abdul Malek, 28, kepada bekas suami dan isterinya yang disambung reman bagi membantu siasatan berhubung penderaan kanak-kanak berusia lima tahun dikenali Yaya....
#Sana meluahkan kata-kata demikian kepada dua suspek itu ketika mereka dibawa polis untuk memasuki kamar Mahkamah Majistret Pasir Mas, di sini, semalam...
#Reman kedua-dua suspek berusia 39 dan 25 tahun disambung sehingga 12 Julai selepas perintah dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.Sana hadir ke mahkamah ditemani beberapa ahli keluarga....
#Sebaik melihat suspek, wanita itu yang juga ibu kandung Yaya, gagal mengawal perasaan dan dilihat mengucap ‘Allahuakbar’ beberapa kali sambil menangis...
0 Response to "IBU KANDUNG MENGAMUK"
Post a Comment