MANGSA DERA



#PUTRAJAYA: Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) akan mengambil tindakan untuk perintah jagaan sementara kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang didera di Rantau Panjang, Kelantan kepada ibu kandung sekiranya bersesuaian.....

#Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan dan perintah jagaan sementara akan diambil selepas kanak-kanak berkenaan selesai menjalani rawatan....

#Ini kerana, katanya kanak-kanak terbabit didapati tidak boleh banyak bergerak.....

#“Selain itu, khidmat kaunseling dan bimbingan untuk mengendalikan kes ini kepada ibu kandung akan disediakan oleh JKM supaya kanak-kanak ini dapat dijaga dengan sempurna, malah JKM juga turut memberikan perhatian serius terhadap kebajikan kanak-kanak itu....

#“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu kini sedang mengalami trauma akibat daripada beberapa kesan kecederaan di seluruh badan seperti retak di rusuk kiri, tulang belakang membengkok akibat tolakan yang kuat ataupun terjatuh dari tempat tinggi, kesan patah yang hampir sembuh, beberapa
kesan luka di kepala dan badan serta kesan puntung rokok di kemaluan,” katannya dalam kenyataan di sini, hari ini.....

#Rohani berkata, hasil siasatan juga mendapati ibu bapa kanak-kanak itu sudah bercerai pada 2013 dan kanak-kanak itu di bawah jagaan bapa kandung....

1 Response to "MANGSA DERA"

  1. Tidak adil jika mak tiri dia tak dipenjarakan. Setakat denda saja tidak akan memadai. Kenakan seberat-berat hukuman dlm peruntukan kanun keseksaan. Walauun betina ini di penjarakan ianya tidak setimpal dgn kesan dera yg parah yg dia telah lakukan ke atas anak itu. Suaminya turut bersubahat patut di kenakan hukuman yg sama. Jangan bagi mereka berjumpa anak itu lagi ... Ini akan menjadi contoh kpd masyarakat agar jangan memukul anak sampai teruk. Hairan, ada juga manusia yg berhati syaitan dan iblis macam dua ekor beruk ni. Semoga Allah memberi balasan pedih buat kamu berdua di akhirat nanti. Betina macam ini yg dipanggil "bunga dedap".

    ReplyDelete