Ayahanda Tundukkan Azwan Ali


#Kalau sebelum ini kisah Azwan Ali memaki-hamun seorang wanita di Twitter kerana mencadangkan makan stik di restoran Me’nate Steak Hub menjadi viral, melalui akaun Instagramnya selebriti yang dikenali dengan panggilan Diva AA di kalangan peminatnya itu telah membuat permohonan maaf kepada Rani Kulup kerana menghina Melayu.....

#Tindakan Azwan ini berikutan amaran Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup yang telah memberi amaran kepada Azwan Ali supaya meminta maaf atau bakal dilapor polis di atas kelantangan mulutnya hari ini.....


#Bagaimanapun, Azwan tidak menyatakan permohonan maaf kepada wanita yang mencadangkan restoran Me’nate untuk menikmati stik mahupun pemilik restoran Me’nate yang turut dimaki hamun. Apa pun, permohonan maaf ini satu perkembangan yang baik, kipidap AA....!



0 Response to "Ayahanda Tundukkan Azwan Ali"

Post a Comment