#Pereka fesyen terkenal Rizalman juga melancarkan koleksi fesyen khas untuk hari raya ini yang turut dijual melalui laman membeli-belah online iaitu Zalora. Pereka itu khabarnya telah mengkhususkan hashtag #RizalmanForZalora untuk memantau maklumat dan belian produk Rizalman for Zalora oleh pelanggannya.....
#Namun begitu, agak tidak menyenangkan apabila hashtag #RizalmanForZalora telah disalah gunakan oleh agen-agen penjual tudung Naelofar Hijab. Apabila diklik #RizalmanForZalora, yang ditampilkan ialah maklumat mengenai Naelofar Hijab. Sudah tentu Rizalman mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya mengenai penyalahgunaan hashtag tersebut. Tulis Rizalman di Instagram miliknya:
#Saya buat HASHTAG rizalmanforzalora ni sbb senang saya nak lihat pemakai2 rekaan saya bergaya sakan dengan belian mereka, jadi janganlah share page ini ok. Kalau meniaga tudung buat cara meniaga tudung… Jaga peradaban perniagaan dalam Islam sebagaimana tudung itu menjaga kehormatan seorang insan. #hanyamenegurbukanmarah....
#Jadi, perkara yang pada asalnya kecil saja sudah bertukar besar. Ada yang menganggap Neelofa tidak sepatutnya memberikan komen sebegitu di Instagram Fizi Woo dan ada juga yang mengatakan Rizalman juga tidak sepatutnya terlalu terkesan dengan apa yang berlaku.
Bagaimanapun, pada pendapat kami perkara ini sebenarnya boleh dielakkan lebih awal dengan mempraktikkan skil perhubungan awam yang baik bagi pihak Neelofa....
0 Response to "NELOFA BERGADUH DI INSTAGRAM"
Post a Comment