DR M TAK GOYANG


#KUALA LUMPUR: Tun Mahathir mengakui beliau hanyalah rakyat biasa, namun idea-idea yang dilontarkan beliau sentiasa mendapat sokongan orang ramai......

#Tun Mahathir berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang menegaskan beliau tidak layak berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, berikutan beliau hanyalah rakyat biasa....

#“Dia (Nazri) berkata begitu kerana mewakili orang yang membayarnya. Saya tiada siapa untuk dibayar....

#“Tapi apabila saya lihat blog saya dalam masa sejam, kira-kira satu juta rakyat menyokong saya,”katanya, memetik laporan daripada Mstar....

#Beliau berkata demikian dalam satu sidang media satu sidang media yang diadakan sejurus selepas beliau berucap di satu majlis ‘Dangerous Ideas’ di sini, semalam....

#Tun Mahathir turut menegaskan, beliau mempunyai banyak sokongan dan rakyat juga sering berkata beliau tidak bersendirian....

#“Adakah saya bersendirian? Saya fikir tidak. Saya rakyat biasa tetapi ramai yang menyokong idea saya....

#“Apabila saya kata saya sendirian, mereka (rakyat) kata saya tidak bersendirian. Saya tidak fikir saya bayar mereka,”katanya dalam nada yang sinis....

#Terdahulu, Nazri dengan tegas menyatakan bahawa Tun Mahathir hanyalah rakyat biasa dan tidak mempunyai hak untuk berdebat dengan Perdana Menteri....

#“Saya tidak mahu Perdana Menteri merendahkan dirinya kerana beliau adalah Perdana Menteri, manakala Tun Mahathir hanyalah rakyat biasa,”kata Nazri....

#Tun Mahathir turut mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan Nazri yang meminta supaya Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk tidak mencampuri urusan politik Negara atau bakal dikecam....

#“Selagi kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara, Tengku Mahkota Johor itu juga mempunyai hak untuk bersuara....

#“Melainkan ada undang-undang yang melarang baginda untuk bebas bersuara,”katanya....

#Nazri turut berkata Tunku Ismail perlu menjauhkan diri daripada dunia politik atau beliau akan ‘dibelasah’....

#“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia mahu jadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh jawab balik....

#“Kamu memegang jawatan penting di negeri..kalau kerajaan ‘belasah’ kamu balik, jangan marah,”kata Nazri....

#Tun Mahathir dengan tegas berkata, Tunku Ismail turut mempunyai hak kebebasan bersuara untuk menyuarakan pendapat Baginda.....

0 Response to "DR M TAK GOYANG"

Post a Comment