#KOTA KINABALU: Helikopter yang terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) pagi tadi dipandu seorang juruterbang pelatih kadet wanita ketika dalam penerbangan latihan solo. ....
#Ketua Instruktor Akademi Helikopter Layang-Layang, Kapten K Sudhir, berkata helikopter Bell 206B dengan pendaftaran 9M-LLM itu dilaporkan terhempas jam 11.58 pagi selepas beberapa minit berlepas dari hangar Layang-Layang Aerospace di Terminal Dua, KKIA.....
#Bagaimanapun, katanya, pelatih berkenaan, Fatin Nadeera Mohd Jeffrey, 21, berada dalam keadaan baik dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk pemeriksaan lanjut....
#"Ketika insiden itu, hanya Fatin seorang dalam pesawat berkenaan. Setakat ini kami belum dapat memaklumkan punca kemalangan kerana ia masih dalam siasatan pihak berkaitan termasuk polis dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.......
0 Response to "TERKINI HARI INI : Helikopter Terhempas Di Lapangan Terbang Kota Kinabalu"
Post a Comment