Model Baru Proton

#Shah Alam: Proton Holdings Bhd, yang menyambut ulang tahun ke-30, hari ini, akan mempertaruhkan tiga model generasi baru tahun hadapan....

#Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata model baru itu adalah peningkatan daripada model sedia ada iaitu Saga, Persona dan Perdana hasil kerjasama dengan syarikat pengeluar kereta terkemuka Jepun, Honda....



#“Dalam industri automotif, memang kita ada pinjam meminjam teknologi. Syarikat kereta gergasi (yang lain) pun bertukar-tukar teknologi...

#“Dalam hal ini, kita cuma menggunakan platform sahaja daripada Honda dan yang lain adalah hasil usaha kita sendiri....

#“Saya benar-benar berharap ketiga-tiga model yang akan memasuki pasaran secara berperingkat mulai Januari tahun hadapan akan mendapat sambutan yang memberangsangkan,” katanya pada majlis berbuka puasa Proton, di sini, hari ini....

#Beliau berkata, semua model itu akan memiliki reka bentuk dan sistem elektronik terkini mengikut cita rasa pengguna zaman ini, serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi....

#Mahathir berkata, prestasi Proton agak kurang baik sekarang ini walaupun berusaha dengan gigih menghasilkan kereta yang berkualiti dan canggih setaraf kereta luar negara seperti model Iriz...

#“Saya dapati model Iriz sangat baik kerana amat ringan dan mudah dipandu berbanding dengan kereta luar negara yang sama kualiti. Namun sambutan pengguna kurang baik....

#“Bagaimanapun, baru-baru ini kita dapati sambutan bagi model Preve lebih baik,” katanya... - Bernama

0 Response to "Model Baru Proton"

Post a Comment