#Penyanyi kelahiran Malaysia yang mengejar impiannya di Amerika Syarikat, Yunalis Zarai atau dikenali dengan Yuna baru-baru ini menjawab isu solat Maghrib di laman Twitter miliknya....
#Isu itu timbul selepas beberapa peminatnya menyoalkan apakah Yuna tidak solat dahulu memandangkan konsert yang akan berlangsung di Plenary Hall, KL Convention Centre pada 16 Oktober ini bermula jam 7 malam....
#Yuna menjawab isu dengan memberi cadangan kepada peminatnya yang beragama Islam untuk datang selepas solat Maghrib. “Datang bila-bila yang anda suka selepas solat Maghrib. Ada surau di KLCC. Saya mungkin akan berada di sana juga...”
#Beliau juga ada memuat naik tweetnya yang berbunyi, “Ianya terlalu ketara tapi memandangkan anda semua bertanya. Pihak penganjur menyatakan konsert bermula jam 7 malam tidak bermakna saya terus masuk waktu itu. Solat dahulu....”
#Betul juga cakap Yuna. Sebagai seorang Muslim, itu sudah menjadi tanggungjawab individu untuk melaksanakannya. Mungkin, sebagai seorang selebriti yang membawa imej bertudung, hal ini dipersoalkan....
0 Response to "YUNA BAGI NASIHAT"
Post a Comment