Awal Ashaari Melakukan Pembedahan Selepas Kemalangan..??
#Terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Mac lalu, ada khabar angin yang mengatakan bahawa Awal Ashaari telah menjalani pembedahan kosmetik pada wajahnya dan kini masih menerima rawatan fisio dan bergantung kepada ubatan.
#Dalam kemalangan yang memusnahkan kereta BMW 6 Series tersebut, Awal mengalami beberapa kecederaan seperti sedikit pendarahan dan gegaran di otak, juga patah tulang punggung. Semoga Awal cepat sembuh dan dapat meneruskan rutin harian seperti sebelum kemalangan
#Selain itu, awal juga memberitahu bahawa dia kini lebih prihatin terhadap keselamatan ketika memandu malah jika ada sesiapa yang menaiki kereta bersama dengan pengacara serba boleh ini, dia akan memastikan mereka memakai tali pinggang keledar.
#“Muka saya hanya bengkak sahaja. Saya belum pulih sepenuhnya. Saya perlu mengehadkan pergerakan fizikal buat masa ini. Mahu duduk dan bergerak pun masih lagi terasa sakitnya dan masih menjalani rawatan fisio dan bergantung kepada beberapa ubat yang diberikan seperti painkillers,” katanya kepada Tonton Extra baru-baru ini.
0 Response to "Awal Ashaari Melakukan Pembedahan Selepas Kemalangan..??"
Post a Comment