Terbongkar! Mengapa Neelofa Unfollow Rakan Di Insta! Kisah cinta Lama Terungkit kembali..
Tindakan pelakon dan juga pengacara, Neelofa unfollow rakan di Instagram ternyata mengundang pelbagai reaksi rakan artis sehingga ada yang tidak bercakap dengan dirinya sehingga kini.
“Saya mula berhenti menjadi pengikut rakan-rakan termasuklah teman-teman artis sejak beberapa bulan lalu dan perkara itu membuatkan ramai yang mempersoalkan tindakan saya itu. Mereka merasakan sebagai kawan, menjadi kewajipan untuk mengikut mereka di Instagram”
“Dan jika saya unfollow mereka, ia menjadi satu isu besar. Ada yang sentap (terasa) dan sehingga kini tidak bercakap dengan saya gara-gara tindakan ini. Sedangkan saya masih lagi menganggap mereka kawan,” jelasnya kepada mStar Online.
Sebelum ini, Neelofa membuat keputusan untuk berhenti menjadi pengikut kepada lebih 1,000 akaun Instagram termasuklah akaun rakan-rakan dan teman selebriti. Kami pun tidak tahulah bawah perkara sebegini boleh dianggap serius oleh orang lain.
“Ada sebab saya tidak mengikut rakan-rakan di Instagram. Keputusan ini dibuat sebagai usaha membiasakan diri untuk tidak berfikiran negatif terhadap apa yang kita lihat di laman sosial berkenaan”
“Contohnya, apabila kita lihat gambar rakan-rakan yang sedang bercuti atau hasil belian barang-barang, pasti terdetik dalam hati adakah mereka mahu menunjuk-nunjuk walaupun sebenarnya bukan itu niat mereka”
“Situasi seperti ini yang buatkan saya tidak suka. Kadang-kadang gambar yang mereka muat naik itu sudah menunjukkan ia bersifat negatif dan secara tidak langsung perkara itu terpalit dalam diri dan boleh serabutkan fikiran kita.
Apa apa pun, semoga persahabatan Neelofa dan rakan-rakan yang lain akan berkekalan dan akan membuatkan Neelofa sentiasa positif hendaknya.
0 Response to "Terbongkar! Mengapa Neelofa Unfollow Rakan Di Insta! Kisah cinta Lama Terungkit kembali.."
Post a Comment