ANAK NAJIB LUAHKAN
#Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Nazifuddin telah merayu kepada rakyat Malaysia untuk menghentikan tekanan, serangan dan desakan kepada ayahnya....
#Bagi Nazifuddin rakyat harus BERHENTI mendesak ayahnya kerana ini hanya akan merugikan negara ini dan desakan ini lebih kepada tujuan peribadi....
#Ini komen anak PM Najib: (Utusan)
#"Oleh kerana kehilangan amanah, masyarakat akan bersedia untuk menjadi 'korban' negara ini semata-mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri....
#"Para pelabur akan menjadi takut untuk datang ke sini kerana mereka akan berfikir negara ini adalah tidak stabil, dan ini akan menyebabkan nilai ringgit jatuh dan memberi kesan kepada ekonomi secara keseluruhan,"...
#"Rakyat perlu sedar bahawa tekanan yang mereka lakukan kepada Perdana Menteri tidak akan menenangkan keadaan sebaliknya akan menjadi semakin teruk dan menjejaskan negara."....
#"Ianya akan memberi kesan kepada negarag dan saya harap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin palsu dan mereka harus berfikir tentang implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang,"....
#Bagi Nazifuddin tuduhan terhadap ayahnya telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan ayahnya sebagai Perdana Menteri Malaysia....
BAPA BOREK ANAK RINTIK
ReplyDelete