#Putrajaya: Sebuah kapal tangki, MT Jaoquim yang hilang di perairan Selangor malam tadi berjaya dikesan di timur Pulau Rupat, Indonesia kira-kira 8.45 pagi tadi iaitu di 1.5 batu nautika di luar sempadan Malaysia....
#Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksmana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, siasatan awal juga mendapati, 3,500 metrik tan minyak mentah (marine fuel oil) bernilai RM2.7 juta yang dibawa kapal didapati hilang.....
#Beliau berkata, dua kru kapal mengalami cedera ringan, namun helikopter Maritim Malaysia sudah memberi bantuan awal dan membawa kedua-dua mereka ke Hospital Melaka....
#"Buat masa ini, kapal berkenaan sedang bersauh di posisi yang dikesan kerana mengalami kerosakan....
#"Kapal yang dalam perjalanan dari Tanjung Pinang, Indonesia menuju ke Pulau Langkawi itu membawa 10 orang kru masing-masing sembilan warga Indonesia dan seorang warga Singapura," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi....
0 Response to "KAPAL JUMPA, MINYAK HILANG"
Post a Comment