#Erdogan sering buat kejutan. Setelah Turki menghantar kapal perang ke Selat Melaka bagi membantu pelarian Rohingya, beliau minta Morsi dibuang ke Turki dan jangan dihukum mati. Ini pastinya membuat as Sisi serba salah kerana permintaan Erdogan itu dibuat melalui Arab Saudi yang banyak membantu Mesir selepas as Sisi merampas kuasa.....
#Sama ada Morsi di hukum mati atau dibuang ke Turki pasti akan menyemarakkan lagi semangat ahli Ikhwan Muslimin. Ini bukan pertama kali pemimpin mereka dibunuh. Setelah Hasan Al Banna ditembak dari jarak dekat, ramai yang menyangka pergerakan itu akan berkubur. Namun ia terus bergerak di bawah pemimpin yang baru. Begitu juga selepas Syed Qutb dan beberapa pemimpin lagi dihukum mati, Ikhwan Muslimin terus bergerak serta mendapat sokongan.....
#Ini kerana setiap ahli Ikhwan Muslimin apatah lagi pemimpin mereka telah merelakan diri mereka untuk syahid di jalan Allah…kerana itu apabila Muhammad Morsi diberi peluang berucap setelah mahkamaah menjatuhi hukuman mati, beliau tidak merayu malah terus berucap tanpa berasa takut. Keadaan yang sama berlaku terhadap pemimpin Ikhwan Muslimin yang dihukum mati sebelum ini.....
0 Response to "Erdogan n morsi"
Post a Comment